Unifi Home | Unifi Lite | Unifi Mobile

Nikmati Internet Tanpa Had dengan Unifi Lite

Tidak kira di mana anda berada di seluruh pelusuk negara, nikmati internet tanpa had dengan kelajuan sehingga 8Mbps
dan panggilan telefon percuma ke talian tetap TM seluruh negara.

Selain daripada itu, anda juga boleh menikmati kemudahan lebih 12,000 lokasi WiFi percuma melalui wifi@unifi.

Pelanggan unifi Lite juga mendapat akses ke 14 saluran TV percuma melalui applikasi unifi PlayTV.  


Soalan Lazim (FAQ) Mengenai UniFi Lite

Apa Itu unifi Lite?
unifi Lite adalah perkhidmatan jalurlebar internet tanpa had untuk kediaman anda dengan menggunakan teknologi ADSL (sebelum ini dikenali sebagai Streamyx)


Berapakah kelajuan lazim unifi Lite?

Di antara 4-8Mbps, bergantung kepada keupayaan sebenar rangkaian di kawasan anda.
Kontraktor TM akan menjalankan ujian teknikal semasa pemasangan untuk memastikan anda dapat menikmati kelajuan minimum 4Mbps.
Sekiranya rangkaian tidak dapat menyokong kelajuan minimum 4Mbps, kontraktor akan menyarankan anda untuk membatalkan dahulu permohonan sehingga kerja-kerja naiktaraf rangkaian dilakukan. Selepas kerja-kerja naiktaraf selesai, anda boleh mengemukakan kembali permohonan unifi Lite anda.


Saya merupakan pengguna Streamyx, bolehkah saya upgrade ke unifi Lite?

Pelanggan Streamyx secara automatik dinaiktaraf kepada unifi Lite bermula 1 Sept 2019 dengan kadar bayaran yang lebih rendah (RM69/bulan). 
Harga ini adalah khas untuk para pelanggan setia Streamyx dan tidak boleh didapati lagi sekarang oleh pelanggan baharu.
Anda bagaimanapun boleh menaiktaraf ke unifi Basic atau unifi Home yang menawarkan kepantasan yang lebih baik bermula 30Mbps sehingga 300Mbps, bergantung kepada ketersediaan rangkaian fibre optic di kawasan anda.


Adakah saya dikenakan apa-apa caj pemasangan unifi Lite?
Pemasangan UniFi Lite adalah percuma sekiranya anda sudah mempunyai talian tetap TM di premis anda.
Sekiranya tidak, caj pendawaian kabel talian tetap akan dikenakan, bergantung kepada panjang kabel dan skop kerja pendawaian. Caj ini perlu dibayar terus kepada kontraktor TM yang dilantik untuk menjalankan proses pemasangan unifi Lite di premis anda.


Bagaimana Dengan Kontrak?

Tempoh langganan minimum unifi Lite adalah 24 bulan.
Bagaimanapun, tempoh langganan minimum ini tidak terpakai sekiranya anda menaiktaraf ke pakej unifi Basic atau unifi Home di masa hadapan.


Bagaimana dengan Pengebilan?

Pihak TM akan mengebilkan caj bulanan kepada anda melalui email (e-billing).
Untuk bil pertama anda, pihak TM akan menyertakan caj terdahulu (advance charge) untuk 1 bulan dan caj duti setem (stamp duty) sebanyak RM10. Bil pertama anda biasanya akan sampai selepas 2-3 minggu pemasangan berjaya.


Apakah Perbezaan unifi Lite dengan unifi Basic/Home/Advance/Pro?

unifi Lite menggunakan teknologi ADSL yang berasaskan kabel “copper” yang tersedia di seluruh negara. Sebelum ini, unifi Lite dikenali sebagai Streamyx (Pre-unifi).
Ini merupakan langkah interim bagi menunggu proses naiktaraf keseluruhan rangkaian kabel seluruh negara kepada fibre optic sepenuhnya yang mungkin mengambil masa yang panjang.


Make a free website with Yola