Unifi Home | Unifi Lite | Unifi Mobile

Unifi Home

Untuk yang sentiasa aktif.
Bagi anda yang sentiasa bergerak dan mengembara,
unifi memahami keperluan anda dengan menawarkan internet tanpa had dengan akses untuk menonton saluran TV kegemaran anda di mana jua melalui applikasi unifi Play TV. Pakej unifi Home Basic tidak didatangkan dengan unifi TV Box, khas untuk anda yang mementingkan penjimatan.

Unifi Home + unifi Plus Box

Nikmati 4K UHD/HDR
Internet berkelajuan tinggi dipadankan dengan pelbagai saluran menarik unifi TV Ultimate Pack serta kandungan online beresolusi tinggi 4K UHD/HDR.
unifi Plus Box yang dikuasakan oleh AndroidTV membolehkan anda stream pelbagai kandungan UHD menerusi pelbagai applikasi pilihan anda.


PILIH PLAN YANG ANDA INGIN LANGGAN

Important Notes :
* All unifi packages comes with 24-months contract period.
* For unifi 30Mbps + unifi Plus Box (RM149), unifi 100Mbps + unifi Plus Box (RM189), unifi plan 300Mpbs + unifi Plus Box (RM199), user may enjoy unifiTV with unifi Plus Box (4K ready) or via playtv@unifi mobile app.
* For unifi plan 100Mpbs + unifi Media Box (RM149), user may enjoy unifiTV with unifi Media Box or via playtv@unifi mobile app.
* For unifi basic 30Mbps and unifi plan 100Mpbs (RM129), user may enjoy unifiTV via playtv@unifi mobile app.


Soalan Lazim (FAQ) Mengenai UniFi Home

Cukai Perkhidmatan 6%
Harga yang dipaparkan tidak termasuk caj 6% cukai perkhidmatan (SST).


Perbezaan Unifi Home + Unifi Box Plus & Unifi Home
Unifi Home + Unifi Box Plus didatangkan dengan set unifi TV Plus Box yang membolehkan anda menonton siaran unifi TV di kaca TV anda bersama keluarga.
Unifi Home pula tidak didatangkan dengan set unifi TV Plus Box, jadi anda hanya boleh menonton siaran unifi TV menerusi applikasi unifi Play TV pada peranti mudah alih anda sahaja.
Jadi, sekiranya anda mahu menonton pelbagai saluran TV yang menarik bersama keluarga di keselesaan ruang tamu kediaman anda, anda perlu melanggan pakej yang terdapat melalui Unifi Home + Unifi Box Plus.
Jika anda melanggan pakej Unifi Home, anda hanya boleh menonton pada peranti mudah alih seperti handphone atau tablet. Anda perlu membuat pilihan yang tepat semasa mendaftar untuk mengelakkan kekecewaan nanti.


Adakah Pelanggan Diberikan Set Telefon Rumah?
Pihak TM tidak lagi menyertakan set telefon rumah untuk para pelanggan kediaman.
Sekiranya anda mahu menggunakan talian telefon yang disediakan bersama pakej unifi, anda boleh membeli set telefon tersebut di mana-mana cawangan TMpoint atau mana-mana kedai peralatan elektronik.


Langganan Minimum
Langganan minimum pakej unifi Home adalah 24 bulan.
Kegagalan memenuhi kontrak ini akan dikenakan penalti bagi bulan yang belum dipenuhi berdasarkan harga pakej standard (tanpa diskaun).

Adakah Semua Kawasan Diliputi unifi?
Liputan unifi meliputi kebanyakan kawasan bandar dan pekan di seluruh negara, bergantung kepada ketersediaan infrastruktur fibre optic di kawasan tersebut.
Bagi kawasan yang belum menerima infrastruktur fibre optic, anda boleh melanggan pakej unifi Lite sebagai alternatif sementara.


Naiktaraf dari Streamyx/unifi Lite
Sekiranya anda merupakan pelanggan pre-unifi iaitu Streamyx atau unifi Lite, anda boleh menaiktaraf ke pakej unifi sekiranya kawasan anda dilengkapi rangkaian unifi.
Sila hubungi kami untuk membuat semakan liputan unifi.


Temujanji Pemasangan
Pemasangan dilakukan oleh kontraktor yang dilantik oleh TM pada tarikh dan masa yang ditetapkan.
Semasa proses pendaftaran, pihak kami akan mengaturkan tarikh paling awal yang tersedia untuk pemasangan. Sekiranya anda mempunyai tarikh pilihan sendiri, sila maklumkan kepada kami.
Pemasangan boleh dilakukan pada hari bekerja termasuk hari Sabtu. Walaubagaimanapun, sekiranya anda tinggal di apartment/kondominium, kontraktor hanya boleh melakukan pemasangan mengikut jadual yang ditetapkan oleh pengurusan bangunan anda. Sila rujuk kepada pihak pengurusan bangunan anda untuk waktu yang dibenarkan untuk pemasangan.
Sekiranya anda perlu membuat pindaan kepada tarikh/masa pemasangan yang sudah dijadualkan oleh pihak TM, sila hubungi talian Khidmat Pelanggan TM 100 dengan memaklumkan Order ID unifi anda.


Kos Pemasangan
Pemasangan standard adalah PERCUMA.
Sekiranya pemasangan anda dikenalpasti sebagai non-standard (contoh: panjang kabel melebihi 30m, pendawaian atas siling dll), kontraktor TM akan memaklumkan sebelum kerja-kerja pemasangan diteruskan. Sebarang caj pemasangan non-standard adalah dibayar terus kepada kontraktor TM yang dilantik.


Bil Pertama unifi Anda
Bil pertama unifi anda akan dikeluarkan oleh pihak TM mengikut pusingan bil yang ditetapkan. Kebiasannya, anda akan menerima bil pertama dalam masa 2-3 minggu selepas pemasangan berjaya.
Bil pertama tersebut akan mengandungi caj prorata sepanjang 2-3 minggu pertama yang dikenakan + caj terdahulu sebulan dan kos setem duti sebanyak RM10.

Make a free website with Yola